Friday, December 31, 2010

Aku Teristimewa Bukan Kekanak Istimewa



CERITA DARI RUANGAN LAIN

Aku datang dari keluarga yang besar 16 adikberadik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besarbesar dan bestbest! Dalam ramairamai adikberadik, bukan semua yang suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup " gaya pulang ke pangkal jalan “ maka adalah yang tak kena sanasini. Oh..
Masa makan. aku pun duduk lah cara Nabi ( rujuk ustaz ) lalu ada yang sound,

" apahal duduk macam nak berlari saja "
" tak baik lutut tinggi pada makanan "
" ni duduk ke nak berak ini? "
Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen dua. Aku pun basuh tangan.


*Nota untuk mua'alaf :

sebelum makan, sunnah Nabi adalah basuh keduadua tangan dan berkumur,
InsyaAllah jika anda amal ini, sebelum anda mati Allah akan
mempermudahkan segala urusan hutang piutang anda.
Hutang kereta/rumah/kahwin/study/along.
Ha sambung balik.

Aku pun berpikir. Ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu ke garfu ke. Kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak orang miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? Stainless steel ke inconnel 601? Nak pakai colour bagaimana? Matelic ke cooper? Kan susah kan

Ha tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja. Bentuk bulat ke bentuk heksagon? Oktagon ke nonagon? Nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran mudah! jimat! hanya RM1 dan tunggu 30 hari. Pakai dulu bayar kemudian. Ta habis bayar tarik balik. Kunjungilah Courts.
Biasa anda belajar doa makan macam ini,
" Allahummabariklana (hingga akhir) “
Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah saja
" Bismillah, barkatillah "
Lepas tu makan lah, dengan tiga jari (sunnah Nabi)
 Kemudian, ada pulak suarasuara yang sound


" Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari? "
 aku kata " huh, anak cina makan dengan dua kayu elokelok habis nasi satu pinggan kan? "


Tapi oleh kerana aku seorang saja yang makan dengan tiga jari, orang lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of laukpauk mereka lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5. Hoh tepuk dada tanya iman.


Kemudian aku minum dari tangan kanan yang tidak berbasuh.
Mereka tegur,
" Essh pengotor betullah "
Aku kata " Apa pulak kotor? Aku makan nasi, buka taik! "
( tapi aku kata dalam hati sebab aku kan lelaki beriman )


" ini, apahal jilat2 jari ini? lucah betul " tanya mereka pada aku
" Makan ayam sedap sampai ke kaki, makan sate sedap sampai ke lidi " kataku.

Banyak pulak mereka komplen cara aku makan. Err maksud aku cara Nabi makan. Aku tahu tak berguna berdebat dengan mereka lalu aku ubah topik dengan bertanya,
Tau tak kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?
Abang aku kata “ sebab tengkuk lembu berat “


Aku kata " salah! Lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar. ( tak lawak ) " aku menyambung,
" Penting makan cara Nabi sebab kita harihari makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan saja, namun bila kita makan macam Nabi makan, maka di kira ibadat. Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yang bagi kenyang. Hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "


tibatiba mak aku tercekik tulang ikan.
( bayangkan seorang makcik sedang tercekik tulang )
Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yang sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lainlain, tapi masih tak berjaya. Kesian mak.
" Huh! Kelam, takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik bagaimana? Kata hebat.. " ( kata abang aku )


Aku kata " senang saja. Mak angkat keduadua tangan ke atas "Mak akupun buat tapi masih tak jadi.Aku kata " lurus Mak, tangan mak duadua kena lurus "
( bayangkan seorang makcik yang sedang duduk bersila sambil keduadua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisasisa nasi dan di celahcelah kuku terdapat cebisan sambal belacan manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas )

Aku kata,
" Sekarang kata SUPERMAN RETURN!!!!!! "
HAHAHA ( semua orang ketawa ) nasi tersembursembur di sanasini.
Mak aku juga ketawa sehingga tulang yang tercekik tu terkeluar. Semuanya dari Allah!!!
:] selamat mencuba, ni bukan hadis.Just pengalaman.
P/S: sekiranya rakan anda menjadi mayat ( over ketawa sehingga tulang mencucuk tengkuk ) sesungguhnya penulis tidak bertanggung jawab!!! ( supermanpun akan jadi mayat )


_______________________________________________________

PENGALAMAN DAN FAKTA

Terpampang nya wajah si gadis comel hanya untuk memberitahu andaanda semua yang saya adalah secomel itu dan mungkin lebih dari itu. Hahha dan lain dari yang lain. Hahha. Betol lha. Aku lahir songsang. Korang ada? Korang ta ada kan. See bertapa unik nya aku. Aku bukan je unik tapi kelahiran songsang boleh merubat penyakit yang di cerita kan di atas tadi tu. Penyakit tercekik tulang tanpa menyusah kan na angkatangkat tangan bagai. Aku dapat tau cara ni time Cikgu Rosnah kawan mak aku ( cikgu tadika segelintir pelajar yang mengenali beliau ) tercekik tulang setelah beberapa hari. Dia tanya mak aku,

" dekat mana kita na cari budak lahir songsang ek? "

Mak aku pon tanpa membuang masa dan tenaga terus menyeshor kan aku. Hahha.
Okhe di pendek kan cerita, cara merubat dia macam ni,

Aku ( manamana budak lahir songsang boleh buat )
amik satu cawan air then rendam kan manamana satu jari ta kesah lha jari hantu ke ape ke.
Hantu tu ta keluar pon. Korang ta payah takot. Hahha.
Lepas tu korang bagi mangsa yang tercekik tu tadi minum air tangan korang.
Sebelum minum baca selawat lha 3 kali. Kalau ta jadi jangan marah eh.
Cikgu Rosnah jadi per :]




 
back to top