Saturday, October 15, 2011

BASUH SEMUA YANG BARU


Setelah berabad berdekat berkurun bersawang dah blong sememeh ni tak di update dengan apa-2, harini macam teringan tulang pulak nak menaip panjang dan lebar, merapu dan meraban :)

TEMPURUNG KELAPA.


Apa kena mengena dengan si tempurung ni? Tak ada apa saja nak imbas kembali kegunaan dia. Hahha. Actually banyak kegunaan dia termasuk lah bahan untuk menutup payudara orang dulu-dulu. Hahha. Open please tak perlu nak malu-malu terkepit-terkepit di sini. Betol apa =='




Orang tua-tua dulu cipta sesuatu yang berguna untuk semua kaum kerabat dia pakai. Walaupun keras, ketuk berbunyik-bunyik tapi nak buat macam mana itu je yang diorang mampu. Tapi, diorang KREATIF!



Zaman Maju (idea nenek moyang di update) ,


1) yang keras menjadi lembut.
2) yang keras menjadi empuk.
3) yang ketuk berbuyi jadi senyap terus tak ada bunyi.
4) bertali sakit jadi bertali strechable.

yang malangnya dari free boleh cari jadi kena beli, Hahha ==


Ha cerita pasal pakaian-pakaian dalam ni, nak kongsi satu amaran :)

BASUH SEBELUM BELI!


Kalau korang beli bra yang murah-murah tu lagi lah kena cuci 50 hari 55 malam. 




Alah, sama je dengan bra semahal mana pun. Walaupun korang beli bra ber-blink macam atas ni, tetap kena basuh sebelum beli! Ingat!




Ha? Kenape?  Ha meh baca ni :)

Tolong jadikan kebiasaan untuk mencuci terlebih dahulu pakaian dalam baru anda sebelum digunakan. Ini merupakan hal yang penting untuk diingat.
"Setelah antropologis Susan McKinley pulang dari ekspedisi di Amerika Selatan, dia merasakan ada yang aneh pada dada kirinya. Tidak ada yang tahu apa itu dan dia membiarkannya dan meyakininya akan hilang dengan sendirinya.
Setelah dia pulang, dia memutuskan untuk pergi ke dokter setelah dia merasakan rasa sakit yang cukup sering. Dokter tersebut tanpa mengetahui jenis penyakitnya, memberikan resep antibiotik dan krim spesial kepadanya. Beberapa waktu berlalu, tetapi rasa sakitnya tidak berkurang dan dada kirinya terasa terbakar dan mulai mengeluarkan darah.Dia memutuskan untuk membalut lukanya, namun rasa sakitnya semakin menjadi-jadi, dan dia memutuskan untuk menemui dokter yang lebih handal.Dr. Lynch tidak dapat mendiagnosa infeksi tersebut dan memberitahu Susan untuk mencari bantuan pada salah satu koleganya yang merupakan spesialis di bidang dermatologi. Sayangnya, dokter tersebut masih berlibur. Dia menunggu selama 2 minggu dan akhirnya berhasil menjumpai ahli dermatologi tersebut. Namun, kejadian yang akan mengubah hidupnya mulai terkuak pada pertemuan tersebut.Setelah dia melepas perbannya, mereka menemukan adanya larva yang tumbuh dan muncul dari pori2 dadanya. Sesekali makhluk aneh ini muncul dan berpindah2 lubang secara bersamaan. Apa yang tidak diketahuinya adalah bahwa pada kenyataannya, lubang tersebut lebih dalam daripada yang dibayangkannya, dimana larva-larva ini makan dari lemak, serat, dan bahkan saluran ASI dari dadanya."
Jadi bagi para wanita dan pria agar ingat untuk mencuci pakaian dalam yang baru dibeli sebelum digunakan, karena pakaian dalam tersebut dibuat di negara yang berbeda-beda di seluruh dunia dan berada dalam kotak2 yang berpindah tangan sebelum kita menggunakannya.
payudara Susan McKinley meremangkan tengkuk mira. Oh tak boleh tengok gambar tu. Korang nak tengok jugak? Betol ke? 






Tak nyesal eh? 








Ok fine! :)




# Apa macam? Meremang? Hahha. Ha gelak-gelak jugak. Jangan lupa basuh ye lepas ni :)




Friday, March 25, 2011

Nostalgia Kenderaan Beroda Puaka

Zamanzaman aku darjah 5 dan kakak aku darjah 6. Alah baru setahun jagung time ni. Agas lagi. Hahha. Eh seriusserius jangan gelak. Hah sambung.. Tahun ni tahun 2005 lha senang cerita. Melekat lagi dalam otak ni warna, bentuk, saiz basikal keramat kitaorang yang kitaorang bertenggek yang dah berzaman sejak darjah 1 tu. Kecik molek je saiz nya. Tapi kalau setakat nak main depan rumah tu kecik pon tade hal lha kan. Satu hari tu aku tak sedar agak nya aku dah darjah 6. Dah tua bangka dah pon. Aku pon naik basikal cabok aku tu dan tak semenamena tempat duduk tu patah. Hahaha.
( Tolong ketawa dalam hati ye jangan ketawa depan pc nanti aku tersinggung haha )
Emm mungkin basikal tu pun tak boleh terima perubahan tumbesaran aku sekarang. Yelah mana tak nya dulu aku darjah 1 kan kecik molek je tapi sekarang dah besar gedabak dah macam mak orang dah mana tak terkejot berok basikal tu.

RAYA di kampung, (03 November2005)
Punya syok zaman ni aku dengan era(kakak) kumpul duit raya. Raya dekat kampung pulak tu kan ha apa lagi pintu rumah ke pintu rumah lain lha di ketuk nya. Sebenar nya ni firstime aku buat kerja ketukmengetuk pintu meminta minta duit sampai di bagi ni. Selama ni tak pernah pon. Orang bagi aku amik cepatcepat tanpa menolak je tapi orang tak bagi aku buat muka masam je. Nak mintak tu takan punya lha. Dulu konon pemalu lha kata kan. Sekarang buatbuat malu pun susah. Hahha. Hasil daripada mengetuk rumah orang ke rumah orang adalah dalam RM sepuluh dan dua puluh lima sen. Tu termasuk lha duit ikut atuk p marhaban dengan duit aku jumpa bawahbawah sofa dekat rumah atuk. Mana tak nye time susah payah kitorang ngetuk tu satu rumah dapat 50sen, 20sen. Tapi kan total semua sekali kan RM10.25 kan? Mana datang nye 5sen tu? Ha ada lha satu rumah tu punya haprak bagi 25sen. Takut tak dapat bayar bil air agak nya nak menggenap kan 30sen pun tak boleh. Kitaorang pun bukan lha p banyak rumah sangat. Kitaorang ni walaupun kecik tapi comel tau. Kitaorang ketuk rumah yang agakagak besar dan kaya di luar je. Tapi yang dapat nye YANG ADO! Hah rasa kan. Hahha. RM10.25 tadi meningkat dari 10 ringgit ke 20 ringgit dan seterusnya. Kalau kurang bersen sen tu ngendeng mak ah mintak genap kan. Hee. Genap seminggu raya ayah ajak balik rumah. Sebelum nak balik tu ada lagi beberapa tangan yang menghulur. Oh murah rezeki pakcikpakcik aku ni. Dalam kereta je aku dah tak pk panjang dah. Aku tak toleh kiri kanan aku pun bukak sampul duit tu semua dengan rakus. Wah nilai besaubesau dalam sampul tu membuat aku tersenyum lebar lha jugak. Banyak wo.
Tibatiba ayah cakap,
"HAH AYAH DAH BOLEH TUANG MINYAK KERETA BELOM?"
Rupanya apa aku buat lagi tadi ayah dok ngintai dari cermin yang boleh nampak sit belakang tu.
( Entah apa tah nama cermin tu )
Soalan ayah tadi aku biar kan je. Lastlast ayah bengang sampai ke rumah dia tak isiisi minyak. Hahha. Mak turun kereta bukak grill nak masuk rumah. Aku pulak bersuara kali ni dengan tibatiba.
Aku cakap,
"NAK BELI MOTOR LA. BASIKAL DAH PATAH"
Ayah diam je sambil masuk balik dalam kereta start enjin. Aku tak tanya apapa tibatiba aku pun naik kereta sekali. Era pulak lagi tadi tak turunturun sebab dia tidur aku tak kejut tadi. Ayah start enjin terus jalan. Macammacam aku tnya.
"AYAH NAK P BELI MOTOR?"
"ha'ah tengah nak bawak p beli la ni ha"
*si bodoh pun mengangkat tangan dan letak belakang kepala sambil silang kaki macam orang kaya tanda hati berbungabunga
ayah cakap,
"HA DAH SAMPAI"

Aku tak cakapcakap dah lagi tadi. Ayah cakap dah sampai so aku turun jela. Rupa nya bukan motor yang aku dapat tapi lagi besar dari tu.


 
Basikal yang sepadan dengan umur aku sekarang yang dah bangka ni :)
ayah : Ha ni basikal yang padan dengan usia orang yang dah tua bangka. Tepat duduk dia pun kuat menampung berat badan yang ta serupa badan tu. Motor tak keluar kan peluh. Tu yang ayah beli kan basikal je.
p/s : sebenar nya kedekot nak keluar duit tau. Nak yang murah je.
Ayah dah bayar semua tibatiba dia balik gitu je tinggal kan kitorang. Nyonya jual basikal tu masuk kan basikal baru tu dalam kereta dia. Kitorang pun dia suruh masuk sekali dalam kereta dia yang macam ni,

 

Aku marah campur teruja sebab tak pernah tengok lagi bentuk kereta macam nyonya jual nasikal ni pakai. Sampai je rumah nyonya ni keluar kan basikal tadi. Aku masuk rumah sambil sorong basikal baru tu p tempat parking basikal lama. Basikal lama aku tenung je tak sentuh langsung. Hahha. Kesian. Aku simpan basikal baru tu then aku masuk bilik tidur. Bangun je tido aku diri depan grill sambil tengok luar. Luar rumah aku ada satu pondok kecik untuk JAGA jage. Tapi dah usang dah so jagajaga dekat area taman ni memang ta jaga di situ :) Kira macam rumah tak bertuan lha pondok tu. Buruk gile. Nampak busuk je dari jauh. Masa aku tengok tu ada 3 biji motor dekat situ. Satu motor ada dua dua dua pembonceng. Kira satu motor ada dua orang lha. Semua lelaki. Semua poyo. Aku ingat tu member abang aku so aku buat tak tau jelah. Era pun tidur tadi. Era bangun je aku ajak dia main basikal. Era tanpa geleng tanpa angguk terus p tempat basikal capai basikal. Dia nampak kucing mak dia bawak sekali jalanjalan naik basikal. Lelaki atas motor tadi pandang je aku tak henti. Bukan na kata aku lawa tapi ..

SEBELUM raya ayah ada beli kan rantai, cincin, gelang, earing emas baru ganti kan yang lama sebab yang lama dah tak muat. Semalam nya baru atuk tanya aku "rantai baru ye mi". Aku cakap "ha'ah" sambil senyum. Hari dapat basikal baru ni hari ke 8 aku pakai barang mas ni.

Tibatiba kucing yang era bawak tadi lari lintang pukang turun dari basikal. Tak tau kenapa. Pelik jugak lha sebab dia memang kelamkabut sangat. Lepas tu era pulak masuk rumah nak p toilet. Aku pun mengayuh basikal sorangsorang sepanjang deret jalan tu. Sampai ke rumah hujung aku kayuh then patah balik. Time patah balik aku kena kepong dekat area rumah tengah dengan mamat motor tadi. Aku punya gabra. Baru aku tau kucing tadi tu bagi petunjuk dekat aku suruh lari. Mak kata haiwan memang tau apa yang nak terjadi. Semua yang duduk belakang turun pegang aku. Diorang genggam tangan aku kuat gila. Sakit sangat. Sorang tu tukang jalan kan tugas rentap rantai, gelang dengan earing aku. Pakai rentap je. Berdarah kulit aku. Aku tergamam nak jerit pun tak boleh. Suara tak keluar. Diorang dah dapat diorang bla sambil jerit apa tah. Tak dengar. Sumpah terkejut gila. Aku lari balik rumah sampai kan terluapa nak balik naik basikal. Basikal aku tinggal kan je kat situ malam baru mak p amik. Nasib baik lha cincin ada lagi dekat jari kalau ta arwah lha jari aku di kerat. Sebulan ke dua bulan lepas tu aku fobia dengar bunyik motor. Keluar rumah kalau terdengar bunyik motor aku sembunyik. Dah macam apa dah aku. Dan sampai sekarang jugak aku tak lagi naik basikal.

Ada satu hari khamis tu aku p pasar malam area taman rumah aku tibatiba aku nampak tiga orang lelaki pegang helmet tengah berjalan dekat situ ttengok makanan. Aku tengah dalam mood fobia ni aku pun pegang jelah baju mak tibatiba aku terdengar,

"EH TU BUDAK YANG KITA RAGUT HARI TU KAN? HAHAHAHA"

argh macam mana aku boleh terserempak dengan orang yang ragut aku pun aku ta tau lha.

Sekarang aku dah form5. Dah nak dekat 6 tahun jugak lha aku tak naik basikal. Basikal yang baru beli tu time form 2 ke 3 entah aku dah jual dekat sedara aku dah. Duit jual basikal tu pun aku taknak amik. Aku bagi ayah je. Sampai sekarang jugak aku tak lagi pakai barangbarang emas ni. Nak pakai silver pun menggigil. Hatihati lha ye. Penyangak banyak dekat luar tu.

Saturday, January 29, 2011

Dalam Diam Ada Orang Caring



Alamak aku letak tajuk entri macam ni pon aku dah terasa geli geleman lha weh. Bukan apa entah lha mata rasa mengantuk badan rasa lemah hati rasa na marah. Na tidur dah ni. Sebelum tidur bukak benda yang di sayangi dulu tengok baru boleh nyenyak tidur nanti. Hah tup tup bukak blog je scroll bawah sikit scroll bawah sikit nampak satu nama tempat bermula huruf k banyak kali menziarahi ruangan ni lha weh. Hush ni yang bersemangat na tengok ni.

Tengok betol betol ya dimana lokasi nya :]

 

Hah begitu ambil berat ya orang kulai terhadap diri ku :]
Agak agak siapakah gerangan penduduk kulai itu. Hahha. Adakah si dia atau si dia tu. Hoho. Ta apa ta salah pon. Moh ler singgah. Hahha. Meh meh
 * sedikit berbunga perasaan

Friday, January 28, 2011

Alah Tak Mati Kalau Beralah

Hari ni perasaan baik dalam kata lain good mood :]

Hari tu memang membuak buak lubuk hati. Hahha. Datang je sekolah hari rabu ta terus cerita lha dengan dira tapi jejak je kaki dekat padang (masa untuk bersukan) aku, dira dengan syera cari satu titik tengah antara budakbudak yang tengah main paspas bola tu aku pon memula kan luahan rasa hati yang baru semalam nya aku rasa membuak buak (malam selasa) Perasaan ni timbul bila satu isu kecik yang di jadi kan besar sehingga kan pengguna blog di kawasan pendalaman itu mengepost satu entri yang tajuk berkaitan aku yang ta berdosa ni. Alahai isu remeh temeh je kot tapi malas aku na buang masa menaip panjang lebar pasal dia. Bia lha dia je yang bercerita tentang aku. Aku tau aku menarik sebab tu dia tertarik na cerita pasal aku kan. Hahha. Berfikiran positif itu bagus kan. Hah meh ler sini aku terus terang meh * haa Sebenar nya aku da menaip agak panjang jugak lha kelebaran pasal babak babak titik ketidak puas hatian ni malam selasa lepas aku p tengok khurafat tu. Taip punya taip tibatiba blackout pulak. Aduh mungkin ta ada rezki kot aku na membalas ajakan pergaduhan si dia tu. Aku memang save dekat draf tapi aku macam malas pulak na menyambung ayatayat puitis aku tu. Silap cakap kang ta jadi gaduh berbaik pulak kang. Hahha.


Eh ta mengapa lha deq oi. Akak ni ta kesah deq.
Tapi akak ni just na tanya satu soalan yang berbunyik macam gini deq,

" KAU DAH KEKURANGAN BUAH FIKIRAN KE NA LETAK URL BLOG KAU? "

" MESTI NA KENA BLOGCIK___   JUGAK KE? "

" KALAU DAH TA MAJU TU BUAT CARA TA MAJU TA BOLEH KE? "

" PERLU KE KALAU DAH SALAH NA NYALAH KAN ORANG BALIK? "

* Kata memang satu soalan tapi hei ta tertahan rasa hati ni na kena tanya banyak jugak bagi nyenyak sikit malam ni tidur dan Eiuw terasa amat menjengkel kan gitu semua na ala ala aku. Err

Da gaharu cendana pulak,
 Da tiru ta reti malu pulak.

p/s : Apa punya orang dahhh kau.

Tuesday, January 18, 2011

Cara Membongkar Rahsia bf gf Kita

Sebelum menyiasat korang kena pasti kan yang girlfriend/boyfriend korang ta ada dalam list pelawat blog ni. Hah kalau duadua dah tau ta menjadi lha misi korang kan.

Ha jum lha kita memula kan misi kita :]


1. Pertama sekali korang kena pergi dekat web ni


2. Sign up number phone orang yang korang na buat.

Ta kira lha na buat untuk diri sendiri ke apa ke. Kalau na buat untuk diri sendiri korang letak lha number korang.
 
Sign up dulu ye. Kalau ta sign up korang ta akan boleh bukak punya

3. Pasti kan korang isi semua ruang dengan user name korang, numb korang dengan email korang.
 

4. Korang akan dapat sms dari Hotlink untuk temporary password.
Sms akan dapat pada number yang di daftar kan sahaja.

Kalau korang daftar kan untuk number partner korang, pasti kan korang kelentong maut punya ya. Cakap lha macam mana pon asal kan dia forward sms tu balik dekat korang. Dekat sms tu ada password. Kalau ta dapat pass macam mana mau masuk oi.

Jangan risau ni tipu tipu sunat muakat je. Hahha. *

5. Korang cari perkataan home dekat atas lepas tu korang tekan.
6. Kalau korang dah dapat password tu dari partner korang, korang log in macam biasa guna user name korang daftar tadi.
 

7. Korang boleh tukar pass yang mudah untuk korang ingat dan tekan done.

 

8. Back semuala ke home page hotlink.
6. Go back to home page hotlink

Log in user name dengan pass yang korang baru tukar tadi.
Hah misi hampir berjaya menitik kan air mata korang. Jum tengok siapa yang kena :]
Korang tengok betolbetol dengan siapa dia bermesejan, degan siapa dia ngekollan, bila dia toppup semua. Kalau dia tipu apa lagi serang ah. Hahha. Batu api pulak aku kan. Hee.
 

Korang kena tekan  MY HOTLINK  tu dulu baru keluar yang hotlink E statement tu semua. Dah keluar baru boleh tekan E statement. Hah apa lagi! Melalak ah! Hahha


 

p/s : Hah itu dia yang kita tunggutunggu selama beberapa step kita buat kan. Hoh kepada yang terkena korang sabar je lha. Kalau yang dapat list semua number korang je tu memang patot lha korang sayang partner korang lagi sikit. Hahha. Apaapa pun senyum je lha ye.

HAIDAR ,
kalau ta paham tanya dekat sekolah k.

Sunday, January 16, 2011

Happy Birtday To Me And Thanks Mak

 
Walaupun da lepas dua hari tapi aku ta kire. Aku na jugak buat entri pasal bday aku ni. Manis 17 tu gila ta na cerita. Hahha. Ingat lagi zaman muda muda mak yang dah lepas berpuluhpuluhan tahun. Dapat je abang mak kata mak na stop malas dah na beranak tapi dengan rengekan dan pujukan ayah mak dapat lha aku yang kini membuak buak kebesaran nye.

31 Mac 1993,
Istana Bukit Serene
Aku memulakan nyawa di dalam suatu ruang yang gelap dan aku menjalan kan kehidupan aku secara berdikari untuk beberapa hari tanpa di ketahui sesiapa. Mak yang aktif melancong ke sana sini mula terasa ta sedap badan dan mengadu manja dekat ayah yang mak rasa na muntah muntah. Ayah tersenyum tanpa berkata apaapa dan ayah terus bawak mak pegi klinik adham yang dekat dengan istana. Doktor adham tu bukan lha doktor yang mengumum kan kelahiran anak anak mak yang pertama tapi dah kali ketiga termasuk lha aku yang baru di ketahui ni. Aku senyum lebar dalam perut sebab mak dah tau kewujudan aku. Aku bukan apa. Lepas ni mak mesti lha di manja kan, mak mesti lha di beri makan secukup nya kan heih aku jugak dapat tempias nya. Apa mak makan aku makan. Ta ke syok tu. Aku seronok duduk dalam perot mak sebab 24 jam mak makan. Na na lagi bila mak capai pau perh memang sedap pe kena pau inti kelapa petangpetang ni. Tambah pulak aku duduk kepala dekat atas kaki dekat bawah. Kedudukan aku sama macam korang duduk sekarang. Memang selesa habis woh.

Aku tengok ayah senang tatap mak yang semakin hari semakin montel di sebab kan pau yang bertong tong mak beli tu. Ada satu hari bila genap 5 6 bulan aku menetap dekat dalam tibatiba aku terdengar mak dengan ayah bebual. Aku rapat kan telinga dekat dinding perot mak. Aku dengar mak dengan ayah bebual
" Kalau anak kita ni lahir kita na bagi nama apa bang "
mak kata dekat ayah yang tengah letak telinga dekat perut mak na denga aku buat apa dekat dalam. Apa lha ayah ni orang tengah na dengar dia, dia dengar kita pulak.

ayah angkat kepala sambil betul kan duduk dia lepas tu jawab
" Abang ta kesah asal kan semua selamat yang "
mak dengan penuh keyakinan dan penuh bersemangah bercampur bangga dengan jawapan yang di beri kan ayah lepas tu tanpa berfikir panjang mak pon cakap
" jemah kasturi boleh ta bang? Sedap kan? "
Ayah terdiam lepas tu blah gitu je mungkin ayah tana aku kecik ati kot. Hahaha. Apa lha mak ni ada ke patot na bagi nama aku jemah ta komersial langsung seh. Bagi lha nama Puteri Perry ke Fascha Sandha ke baru lha glamourous kan. Ni jemah heh orang na panggil nama aku pon ta sampai hati nanti. Hahha.


10 Januari 1994,
East Coast Road, Singapura
Mak masih ta rasa apaapa even masa dah sesuai dah untuk aku keluar masa ni. Mak syok bawak aku jalanjalan sampai lupa tarikh mak patot masuk hospital sultanah aminah untuk persediaan awal ngeluar kan aku. Yes akhir nya mak pegi. Mak lapor kan diri lepas tu mak dapat satu kedudukan katil yang agak sempit. Paham paham lha tahun 1994 kan h.s.a belum di besar kan lagi. Tapi sekarang dah 2011 weh. Semesti nya macam istana kebesaran nya. Mak agak bosan sebab ta di beri gerak sangat. Mak kena baring je tunggu rasa sakit aku na kua tu baru boleh gerak sikitsikit.


14 Januari 1994,
Hospital Sultanah Aminah, Johor
Mak still ta rasa sakit. Hush gagah betol aku duduk dalam perot mak kan. Tapi apaapa pon rasa yang mak rasa doktor tetap na keluar kan aku. Doktor takut aku kelemasan je dalam kandungan lamalama. Macam mana cara doktor paksa mak keluar kan aku ta sempat tau lha sebab time tu masa genting sangat aku da ta fikir apa ah. Yang aku fikir aku na tengok muka mak ayah aku je. Tendang punya tendang ta lot jugak tapi tendangan aku jam 2:03 pagi kini berjaya ngeluar kan aku dari satu tempat yang sekecik aku ke tempat seluas luas hospital tu. Punya lha syok dapat tengok mak dengan doktor yang sambot aku tu. Punya lha handsome kalah Shaheizy Sam. Kegembiraan aku aku tunjuk kan dengan sekuat kuat raungan sampai misi misi ingat aku tercampak dekat lantai. Aku happy bukan aku ada niat na buat mak susah hati.


3 Januari 2001,
Sekolah Kebangsaan Taman Tun Aminah (1)
Aku da pon darjah satu. Aku ta nangis aku ta sunyum. Aku tegak je pergi sekolah sendiri. Waktu rehat je ayah datang ajar aku na beli nasik ayam macam mana. Hari kedua sekolah ayah datang tapi ayah tengok dari jauh. Aku ta peraan yang ayah tengah ngintip aku. Dah ayah ajar beli nasik ayam kan so harihari lha aku p beli menu yang sama. Sampai lha habis darjah satu puas setahun aku telan nasik dengan ayam macik kantin tu. Air bawak dari rumah. Hu memang save duit mak ayah aku. Tapi tu time darjah satu lha. Cuba tengok pulak aku sekarang yang dah tingkatan lima ni. Ada ke duit blanja RM1.80 macam sekolah rendah dulu? Ha tunggu :]


3 Januari 2011,
Sekolah Menengah Kebangsaan *Berhampiran*
Pergi sekolah jalan kaki pukul 7:10 baru angkat kaki keluar gate rumah. Jam lonceng pukul 7:20 kot. Rehat jalanjalan dulu pukul 10:15 baru na jalan p beli makanan. Pukul 10:20 habis rehat kot. Makan tana kalah. Na makan yang memerlu kan masa untuk mencari tempat duduk lagi. Duludulu kalau kantin penuh terus beli makanan yang ringanringan then makan sambil jalan tapi sekarang mesti na duduk. Heish sabar je lha. Dulu duit belanja ta sampai pon RM2 tapi sekarang RM2 macam 20sen di pandang nya. Ayah bagi duit sekolah straight seminggu RM25. Satu hari RM5. Pandai pandai lha aku na jimatjimat. Tapi buat masa ni te pernah lagi berjimat kot. RM25 berapa hari je boleh habis. Ta sempat na cukup kan 5 hari sekolah. Apa aku beli pon aku tengah dok fikir lha ni.

14 Januari 2011
HAPPY BIRTHDAY TO ME

Setiap 14 bulan satu aku dapat ucapan selamat. Setahun sekali je aku dapat. Sepanjang setahun, sekali je orangorang doa kan aku selamat. Harihari lain tu pandaipandai aku lha na nyelamat kan diri. Tahun demi tahun aku makin tua. Kurang lagi 1095 hari je lagi aku 20tahun. Apa aku sapa aku dekat mana aku pada masa tu aku pon ta tau lha. Makin tua tarikh kelahiran macam ta penting tapi tu bagi orang lain bukan bagi aku. Bagi aku tarikh 14 keramat tu sentiasa penting dalam hidup aku yang penuh warnawarni ni. Tahun ni aku dapat dua hadiah. Satu daripada Miss Maizatul dan lagi satu dari Miss Syahirah. Terima kasih banyakbanyak ye. Yang wish dekat wall facebook aku tu terimakasih sorry aku ta dapat balas satusatu sebab terlalu banyak. Nampak jelas yang orang malaysia ni memang prihatin pasal alam sekitar kan. Hee. Walaupun da ta ada lilin lilin kek kek krim bercorakcorak bagai aku tetap dapat kek chiffon ala ala kek pandan daripada kaka aku yang sorang tu.

" RA, walaupun kek tu aku kata kurang sedap tapi thanks okhe. Sayang kau   ♥ "
Walaupun kaka aku tu nampak macam garang dekat aku tapi dia baik lha. Hoh bangga dia karang. Ha tanggal 14 ni jugak aku dapat call free dari maxis untuk sepanjang 14 hari bulan. Aku bergayot dengan ada lha orang tu. Hah korang yang tau diam sudah. Sepanjang masa sampai kan ta mati kan langsung. Dia buat rutin harian dia dengan memegang fon sepanjang masa. So apa dia buat aku boleh denga. Best nya rasa. Tapi best ni sementara je. Lepas je pukul 12 malam masuk 15 hari bulan aku dah ta boleh buat apaapa dah sebab aku punya kredit 00sen. Tu lha padah nya bila orang dah terlampau syok sangat :]

 * Menyanyi untuk diri sendiri
Happy Birthday To Me
Happy Birthday To Me
Happy Birthday To Me
Happy Birthday To Me
 
back to top