Tuesday, February 14, 2012

TAHUN BARU GERAM LAMA



First of all mira nak cakap "HI WELCOME BACK TO MY BLOG"

Dah masuk tahun baru dah pun kan, hee. Tapi sorry lah lambat sikit memula kan post untuk tahun baru. Bulan Februari baru nak start. Sebenarnya memang malas nak menaip tapi ada lah sorang hamba allah yang otak dia berkilau dengan idea-2 nak mengenakan orang je sentiasa ni kan, ha sebab dia jugak lah mira update blog ni! Semua ni mira nak cerita pasal dia! Geram boleh? -.-"

Dari form 3 (2009) dia kelas sebelah, apa dia buat entah sampaikan geram sangat dekat dia, sampai jam yang mira sayang pecah terburai depan kelas. Time tu memang niat nak boikot dia, benci sangat dekat dia. Nak jeling dia habis habisan tapi tak kesampaian nampaknya niat tu sebab awal-2 pagi keesokan harinya mira nampak dia je mira terketawa.

"Errk kenapa aku ketawa ni? Eh! Please lah aku ketawa dekat orang lain kot!"
(menipu diri sendiri padahal budak tu buat lawak mira tetap tergelak)

Dia memang sangat menggeramkan hati dan sanubari. Argh memang rasa nak bunuh je dia tu! Dia suka sangat dengki orang! Idea dia, otak dia sentiasa ada je nak kenakan orang. Masalahnya, marah ni kejap je. Bila dia buat lawak, aku terketawa jugak. Argh memang tak guna!





PENYAKIT DIA :

1) Kalau dia tau orang yang dia dengki tu marah sangat dekat dia, dia pergi dekat orang tu, dia tenung muka orang tu.

2) Kalau dia tau orang yang dia dengki tu marah sangat dekat dia, dia makin dengki orang tu.

3) Kalau dia tau orang yang dia dengki tu marah sangat dekat dia, dia akan buat orang tu lagi marah sampai tahap dah tak boleh nak marah dan orang tu akan ketawa juga akhirnya.


-,-" sangat letih MUHAMMAD HAIDAR MUHAMMAD SHAH aku melayan kau. Tapi marah-2 aku, geram-2 aku, kau nak pindah kelas aku nangis jugak, Erk please statement ni memalukan. Okay kena sensored. Tak boleh sambung lagi, Hahha

Marah marah aku dekat kau, kalau kau suruh aku itu ini aku ter buat jugak. Kau selalu suruh aku tulis kan nama dekat buku kau, kadang-kadang borang kau nak isi pun kau suruh aku. Okay aku tau tulisan aku cantik lagi sedap mata memandang kalau nak di bandingkan dengan tulisan kau yang kadang-kadang je dapat pujian dari aku tu. Tapi, kenyataannya tulisan kau lagi more-more-more better dari topek. Hahha, sorry to say tauff ;)

Cerita pasal idea dia mengenakan aku time sekolah dulu teramat-amatlah banyak. Tapi aku rasa satu pon tak pernah buat aku rasa nak marah. Memang dia ada guna ilmu pertahankan diri aku rasa, haha. 

__________________________________________________________

TAHUN BARU 2012

Terasa lega, aman damai setelah ketiadaan dia di depan mata :)

"Hi HAIDAR, im free now." (berkata dalam hati sambil menarik nafas lega)
Kata-kata aku tu macam terdengar-dengar dekat telinga dia dan ..








*KRINGKIRING! KRINGKRING!*


Number macam number pejabat call aku. Erk, sapa pulak ni call aku, sibuk je ganggu orang tengah kemas rumah. Dah lah sebulan payah sekali mood mengemas ni nak sampai. Pick up dengan rasa was-was bercampur excited ingatkan panggilan dari kolej lain pulak nak tawarkan aku masuk kolej diorang.


Aku : Hello?

Stranger : Assalamualaikum Cik, Saya dari maxis. Cik dah pakai number sekarang ni hampir setahun kan?


(hah? Lebih 3tahun kot aku rasa bukan setahun. Hah layan kan jelah) <-- dalam hati je


Aku : Hah ye. Kenapa?


Stranger : Maxis nak bagi cik broadband percuma untuk 3BULAN, cik nak tak?


(mula rasa tak sedap hati tapi dalam masa yang sama rasa seronok dan mula berangan dapat surf internet 3bulan free)


Aku : Kalau nak macam mana ek? Kena pergi maxis center ke?


Stranger : Tak, kalau cik nak saya boleh konfem kan, sebab esok kita dah mula nak post semua broadband. So, cik nak tak? Kalau lepas 3bulan, cik tak puas hati dengan broadband yang kita bagi cik boleh tak payah teruskan. Cik boleh stop macam tu je. Tapi 3bulan tu free.


Aku : Ohh :) nak lah nak, haa


Stranger : Number ic cik berapa?


(Haii bukan ke maxis ada semua details, kenapa nak tanya number ic pulak? Nama aku kau tau, ic number pasal tak tau? Tak sedap hati lagi)


Aku : 94!#$%$%^^^$$#

Stranger : *hahahaha* okay cik, terimakasih, assalamualaikum~

#Terdengar ada gelak kecil tu aku mula tak percaya! Tapi aku tetap kuat kan diri untuk pura-pura percaya! Sapa tau betul kan? Hahha. Lepas tu tiba-tiba terasa nak online facebook :)

Online dengan riang hatinya. Yelah nak dapat broadband free kata nya, Hahha. Jenguk new feeds .. tiba-tiba terbaca status sorang kawan ni,





Aku mula mencapai handphone BlackBerry merah aku, aku check number maxis tadi.




OH MY GOODNESS! I TERKENA LAGI WALAUPUN DIA HILANG DEPAN MATA! CARA LAIN YANG DIA KENA KAN AKU! TAK GUNA PUNYA HAIDAR!


Mengucap panjang weh aku time ni. Nasib baik lah duduk rumah sorang-sorang. Kalau tak memang pengsan terkejut semua orang. Mama balik je keja, aku cerita dekat mama dari A to Z.
Tau apa respon mama? Mama "HAHAHAHAHA HAIDAR HAIDAR"


Mama bergelak ketawa gelak kan aku! Ciss mama ni ape lah -.-"




Selepas semua nya kantoi, sang pengkhianat (Haidar) text aku, dia ngaku tadi yang menyamar tu dia. Mybe dia takut aku tunggu broadband yang di awang-awangan tu. Padahal aku dah tau dulu dari orang lain.


Okay Haidar, ini hari kau. Satu hari nanti akan tiba hari aku :)


Setiap hari berdoa supaya haidar kehilangan idea untuk mengenakan orang. Terasa aman bila masuk bulan 2 ni. Dah nak masuk dua bulan dah aku tak jumpa kawan-kawan sekolah. Rindunya.. Tapi terasa sangat aman duduk dekat rumah diam-diam dan tak dibuli lagi.






14 FEBRUARI, 2012 : 2 a.m


Online dengan rasa senang hatinya sebab online tapi bukan mengadap facebook tapi skodeng blog orang lain, Hee. Bestnya lahai tengok orang-orang ada cerita baru. Terasa nak jugak update entri baru tapi macam tak tau nak cerita apa. Okay lah, beralih ke facebook semula. Bukak je fb, tiba-tiba nama "HAIDAR PRESLEY" muncul. Dalam hati mula berkata "Hah apa lagi budak ni?"


Bukak-bukak notification tiba-tiba mucul,





Oh shit! HAIDARRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR! KAU TAU KAN AKU TAKUT DENGAN PERKARA-PERKARA MACAM NI! KENAPA HA! KENAPA KAU TETAP NAK KENA KAN AKU! HAIDAR! AKU RASA NAK CABUT NYAWA KAU! TOLONG LAH HENTI KAN SEMUA HASAD DENGKI KAU DEKAT AKU! KENAPA KAU NI! KENAPA! KENAPA! AKU TAK BOLEH TENGOK SEMUA NI HAIDAR! KAN KAU TAU AKU TAKUT :'(


Macam mana dia tau aku takut dengan perkara-perkara macam ni? Huh dulu dekat kelas, depan aku Hafis, sebelah aku Nad, depan Nad Haidar. Okay kita berempat memang selalu mengomel sama time cikgu tak ada. Alah, kalau cikgu ada pon ktorang bercakap jugak. Kita berempat lah selalu jadi mangsa kemarahan cikgu, haha. Tapi ktorang ni degil. Cikgu tu berhenti bebel, ktorang bebual balik. Selagi cikgu tu tak diri depan ktorang, jangan harap ktorang nak diam. Hahha.
One day kita berempat terbukak topic pasal geli. Haidar tengok tangan Hafis. Hafis baru lepas excident. Sepatutnya sebagai kawan haruslah dia simpati kan? Ni tak, dia boleh cakap,


"Eee aku deli doh tengok lubang-lubang macam ni"


Aku pon menyampuk lah dan tanya lubang macam mana.


& aku pun kata lah,


"Aku tak geli lubang macam ni, aku geli lubang-lubang yang macam ada ulat tu. Tau tak? Alahh lubang-lubang tu kecik-kecik pastu banyak. Eee aku meremang seh kalau tengok. Geli!"


Haidar pon kata "Ohh ha tau-tau! Aku pon. Eee geli gila kan"


Aku mula terbayang lubang-lubang tu dan aku terus tunduk tutup mata nak menahan geli.


Yang Nad dengan Hafis cakap "Mende lah yang gelinya, apa-apa je kau"


Sememangnya Haidar punya sifat geli lebih kurang halal je dengan aku :\
Tak mintak pun tapi memang ter sama lah nak buat macam mana kan.


Start dari hari tu, Haidar mulakan misi dia untuk mencari bahan yang aku geli & post dekat wall facebook aku. Argh memang meremang tak habis lah aku kan. Tapi aku bersabar je sebab aku fikir yang sekolah pun dah nak habiskan, biar lah si cacat ni kena kan aku puas-puas.




HABIS SEKOLAH,




Dia tetap kena kan aku dengan meng post gambar kulit orang yang dekat atas tu pulak dekat aku. Apalah nasib aku dapat kawan cacat macam Haidar tu -.-" Fikir-fikir balik, kalau tak ada dia, sunyi sepi pulak. Ada dia aku rasa nak bunuh diri! Argh! Hentikan semua ini Haidar! Pleasee!




Memory,

Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu


Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari


Kau pergi
Pergi
Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya kau ku lupa
Apa pun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia


Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari


Kau pergi
Pergi


Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari


Kau pergi
Pergi
Kau pergi
Pergi
Pergi

FOR YOUR INFORMATION, lagu ni Haidar pernah nyanyi masa dia nak tukar kelas sebab dia takut tak boleh bawak science stream. Masa dia nyanyi tiba-tiba aku ter okay ter nangis, Hahha. Dah tak payah nak kutok aku! Hahha 


Okay, Good Bye :)
 
back to top