Wednesday, May 5, 2010

Cemburu Betol Awak Ni

Masa mencemburui kita lahh :))
hanya setakat 3 posting aje dapat dikemukan buat hari ni. 2 cerita yang dilalu, 1 pengenalan awal perasmian blog ni hee ok lah nak sambung buat karangan bahasa melayu. Sebenarnya surf internet nak cari karangan lastlast ter-on blogger.com pulak haha
kerja cikgu izlan izwali ;
MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTISME
Dalam kemeriahan kita membuat persediaan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-50 tahun, kita dikejutkan dengan tindakan pelajar kita di Taiwan yang mengubah lagu kebangsaan Negaraku kepada Negarakuku dengan rentak rap dan kandungan mesej yang menghina orang Melayu,Islam dan polis dalam klip video muziknya yang disebarkan menerusi internet. Tindakan pelajar itu menunjukkan betapa lemahnya semangat patriotisme dalam jiwa pelajar tersebut kerana lagu Negaraku amat suci dan lambang ketaatan kepada negara dan sudah tentunya tidak boleh dipermain-mainkan.Tindakannya juga telah mencalar semangat perpaduan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ini lantaran menyentuh isu sensitiviti kaum. Tidak lama selepas sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos 2007, seakan tidak percaya bahawa wujud warga Malaysia yang sanggup membakar Jalur Gemilang , bendera negaranya sendiri. Mungkin terpengaruh dengan tindakan warga asing yang membakar bendera dalam berita-berita luar negara yang dipaparkan di kaca televisyen.Yang mereka lupa atau tidak sedar bahawa warga asing itu bukannya membakar bendera negara mereka sendiri tetapi bendera negara lain yang dianggapnya menindas rakyat negara tersebut, seperti tindakan rakyat Iraq yang membakar bendera Amerika Syarikat kerana benci dan marah dengan tindakan Amerika yang menguasai dan menindas rakyat Iraq.Membakar Jalur Gemilang seumpama memperlihatkan kepada dunia betapa pudarnya semangat patriotisme dalam jiwa rakyat Malaysia dan betapa rendahnya maruah mereka sebagai warganegara Malaysia.Tindakan sama ada untuk menunjukkan emosi yang marah dan bantahan dan penentangan yang dilakukan ketika satu rusuhan di Kuala Terengganu bagaikan tindakan membinasakan diri sendiri ,bagaikan marahkan nyamuk, kelambu dibakar.Perbuatan ini sememangnya sukar diterima oleh rakyat Malaysia keseluruhannya sehinggakan isu ini menjadi perdebatan hangat di Dewan Rakyat. Datuk Bung Mokhtar sendiri ternyata menyelar perbuatan yang dianggapnya sama seperti membakar negara ( Berita Harian, Rabu, 12 September 2007)Bagi ahli sejarah Profesor Emeritus Datuk Dr Khoo Kay Khim, generasi muda hari ini tidak menghargai nilai bendera negara.Menurutnya,kita mempunyai satu generasi yang tidak menghargai kedaulatan negara. (Berita Harian, Jumaat 24 Ogos 2007).Banyak contoh yang menampakkan dengan jelas kelunturan semangat cintakan tanahair dalam kalangan generasi muda.Malah lebih menyedihkan apabila ada kalangan generasi muda yang malu berbahasa Melayu, apatah lagi memupuk rasa bangga sebagai anak Malaysia.(Rencana Pengarang,Utusan Malaysia,Isnin, 20 Ogos 2007)Mohammad Noorizzuddin Nooh dalam artikel “Kukuhkan Patriotisme melalui Negaraku” menyatakan kebimbangan akan fenomena yang melanda masyarakat hari ini.Menurutnya, kita masih lagi sibuk memikirkan bagaimana untuk memperkasakan nama Negara di persada antarabangsa tetapi kita alpa bahawa kita sendiri tidak menghayati kewarganegaraan dan kemerdekaan itu sendiri.( Berita Harian, Isnin, 27 Ogos 2007).Makna patriotimeMenurut Kamus Dewan, patriotisme bermakna perasaan cinta yang kuat tanah air. (Edisi Ketiga, 2002,hal. 987). Saifuddin Abdullah dalam artikel Perspektif: Pendidikan seiring patriotisme pula menjelaskan bahawa makna patriotisme tidak berubah, iaitu cinta yang kental dan kekal terhadap bangsa dan negara Malaysia. Tetapi, fokus atau bentuk patriotisme mungkin berubah mengikut masa dan keadaan. Jelasnya lagi,perkataan ‘patriotisme’ berasal daripada bahasa Greek, iaitu ‘patriotes’ yang bermakna rakan senegara dan ‘patrice’ yang bermakna tanah air atau negara. Ia membawa maksud keterikatan kepada kumpulan rakan senegara dan kepada tanah air. Dalam bahasa Arab, ia diwakili oleh perkataan wataniah.( http://www.belia.org.my)Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Rafidah Aziz pula menegaskan bahawa patriotisme yang sebenar ialah apabila seseorang itu sanggup memepertahankan negara apabila dicaci dan berasa bangga apabila negara mencipta kejayaan.Mereka tidaak ada semangat patriotime tidak akan berasa apa-apa terhadap sesuatu yang berlaku kepada negara. ( Utusan Malaysia,Isnin, 20 Ogos 2007).Ukuran patriotisme cukup subjektif dan amat luas ertinya.Ia bukan isu sopitik atau gimik dan tidak sekadar semangat.Ia lebih bersifat spiritual, rasa kecintaan yang mendalam ,subur dan kental kepada negara yang turut dicirikan oleh beberapa nilai seperti kesungguhan, keyakinan, keberanian dan kesinambungan.Masyarakat patriotik adalah masyarakat yang anggotanya bertatakrama,bertatausila luhur, berupaya memaji, melindungi dan mematuhi serta memelihara undang-undang dan peraturan. ( Berita Harian, Khamis 23 Ogos 2007)
 
back to top